fbpx
Warga Singapura tidak melepaskan peluang untuk berbelanja bagi persiapan raya di Bazar Aidilfitri Angsana Mall, Johor Bahru.

Orang Singapura masuk JB meningkat 20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jumlah kemasukan pelancong dari Singapura ke negeri ini terutamanya pada cuti hujung minggu mencatatkan peningkatan kira-kira 20,000 berbanding hari biasa sepanjang bulan Ramadan ini.

Keadaan ini dipercayai didorong oleh keinginan penduduk negara jiran itu untuk berbelanja di Johor Bahru terutamanya dalam meraikan kedatangan Aidilfitri selain faktor kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Johor, Baharuddin Tahir berkata, berdasarkan data kemasukan pengembara dari republik negara itu menunjukkan peningkatan yang signifikan pada hari minggu berbanding hari biasa.

Menurutnya, data yang direkodkan pada hari Sabtu minggu kedua, ketiga dan keempat pula merekodkan jumlah pengembara seramai 366,000 orang yang melalui laluan darat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

“Sebagai contoh, jumlah keseluruhan kemasukan warga Singapura di BSI pada hari Selasa minggu kedua, ketiga dan keempat seramai 304,000, jumlah itu meningkat kepada 366,000 pada hari Sabtu dalam minggu sama,” katanya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, ramai warga republik itu memilih Angsana Mall sebagai syurga beli-belah kerana boleh mendapatkan semua kelengkapan di situ seperti pakaian dan makanan.

Lebih meriah apabila ada antara pengunjung Singapura membeli barangan di sebuah kedai hingga mencecah RM4,000 dalam satu resit.

Selain Angsana Mall, kesesakan luar biasa turut berlaku di beberapa lokasi tumpuan pengunjung antaranya Mid Valley Southkey dan beberapa pusat beli-belah lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN