fbpx
ILUSTRASI menerusi akaun 'Nabi Asli' yang memburukkan keperibadian Nabi Muhammad SAW boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Kandungan akaun ‘Nabi Asli’ bahaya, boleh rosakkan aqidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kefahaman dan kandungan ajaran sesat yang disebarkan menerusi akaun ‘Nabi Asli’ secara terang-tera­ngan boleh merosakkan akidah umat Islam.

Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim berkata, kandungan itu dengan sengaja memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Katanya, orang ramai khususnya umat Islam untuk tidak mudah terpengaruh ke atas kemunculan ajaran baharu yang kononnya selari dengan ajaran Islam sedangkan faktanya sudah ditukar.

“Umat Islam jangan mengambil ilmu daripada orang yang kita tidak tahu latar belakangnya dan perlu mendapatkan pandangan pakar agama mengenainya.

“Jika kita mengambil ilmu da­ripada orang yang dia sendiri keliru mengenai agama, Islam, nabi dan rasul, maka kita termasuk dalam kalangan orang yang menyebarkan ajaran sesat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! me­ngenai ajaran sesat yang disebarkan melalui akaun Nabi Asli di YouTube dan X.

Akaun terbabit telah mempunyai lebih 100,000 pengikut sejak ditubuhkan sekitar 2013. Video yang disiarkan termasuk mengenai kisah Nabi Muhammad SAW berdasarkan hadis dan ayat al-Quran yang telah diubah suai untuk menyesatkan fahaman terhadap ajaran Islam sebenar.

Mohd. Izhar yang juga Ahli Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mempelajari ilmu agama melalui sebaran di media sosial, sebaliknya hadir ke pusat ilmuan untuk mendapatkan kefahaman Islam sebenar.

“Datang dan belajarlah di masjid, nasihat saya, semua laman sosial yang tidak diiktiraf oleh negara tidak perlu dijadikan rujukan.

“Jangan jadikan laman-laman sosial sebagai rujukan agama apatah lagi jika ia memburuk-burukkan nabi dan Islam. Menjadi kewajipan kita untuk menjauhi­nya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN