fbpx
Bina imej profesional secara dalam talian. – Gambar hiasan

Aktif diri bina rangkaian profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM dunia profesional yang dinamik, penting bagi seseorang individu untuk memiliki kemahiran membina rangkaian kenalan.

Pembinaan rangkaian dengan pelbagai pihak mampu membuka peluang kerjasama bagi mencapai objektif serupa.

Ia juga merupakan salah satu cara pembelajaran berterusan dalam memastikan perkembangan karier individu sentiasa positif.

Baru-baru ini, tular beberapa video yang menunjukkan luahan anak muda terhadap dilema menghadapi dunia pekerjaan.

Oleh itu, minggu ini, Horizon berkongsi tip membina karier menerusi pembinaan rangkaian secara profesional.

Sertai acara dan persidangan berkaitan industri
Rajinkan diri untuk menghadiri acara-acara berkaitan industri untuk mengenali lebih ramai orang.

Dengan cara ini, anda boleh saling berkenalan dan sentiasa mengikuti perkembangan dan trend yang berlaku dalam industri.

Acara sebegini juga mampu meningkatkan kemahiran bersosial, sekali gus menjadikan anda lebih berkarisma.

Tingkatkan kebolehpasaran di dalam talian
Dalam era digital, platform dalam talian memainkan peranan penting dalam membina rangkaian kenalan.

Kekalkan kehadiran profesional di platform seperti LinkedIn untuk mempamerkan kemahiran, pencapaian dan aspirasi profesional anda.

Melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan khusus berkaitan industri bagi menonjolkan kualiti pemikiran anda.

Dapatkan mentor dalam industri sama
Cari seseorang yang memiliki pengalaman dan pengetahuan industri serta belajar daripada individu tersebut.

Individu tersebut boleh berkongsi pandangan berdasarkan ilmunya berkenaan selok-belok profesion anda.

Pendedahan kepada pelbagai sudut pandangan boleh meluaskan pemahaman ‘mentee’ tentang industri.

Sentiasa kemas kini kemahiran anda
Dalam kebanyakan industri, impak kemajuan teknologi berkembang pada kadar sangat cepat.

Penting bagi seorang individu itu sentiasa mempelajari kemahiran menggunakan alat dan perisian mengikut trend teknologi terkini.

Ini akan meningkatkan kebolehpasaran anda ketika berkomunikasi dengan orang lain.

Komunikasi yang efektif
Keterampilan merupakan aspek penting dalam membentuk persepsi orang lain terhadap seseorang individu.

Oleh itu, nyatakan idea anda dengan jelas, dengar pandangan orang lain secara aktif dan menghormati pandangan berbeza. Komunikasi ini bukan sahaja melibatkan verbal, malah secara bertulis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN