fbpx

UMNO Perak patut berunding dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

KOTA BHARU – UMNO Perak sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan rakan sekutu sebelum membawa usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemelut politik tersebut kini bukan hanya membabitkan Perak, malah turut memberi kesan kepada negeri lain termasuk kerajaan pusat.

“Bagi kita, isu di Perak ini sepatutnya diselesaikan di meja rundingan terlebih dahulu tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

“Di pihak Pas, kita akan tengok dalam tempoh sehari dua ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di Taman Desa Wangi, Pasir Tumboh di sini yang berdepan masalah banjir termenung.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Usul tersebut dibawa oleh wakil rakyat UMNO iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baru, Abd. Manaf Hashim.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Pas kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan baharu di Perak.

Katanya, parti itu akan terus memantau perkembangan semasa kemelut tersebut sebelum mengambil sebarang ketetapan lain selepas ini.

“Kita sudah ada pendirian iaitu tidak akan bersama kerajaan baharu.

“Sebelum ini kita mempunyai Exco (dalam kerajaan Perak) dan apabila kerajaan baharu dibentuk, kita tidak ada Exco,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI