Model memakai tudung koleksi terbaharu Doa AZ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tudung Doa AZ sasar jualan 150,000 helai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengeluar tudung di bawah jenama Doa AZ optimis untuk mencapai  jualan sehingga 150,000 helai tudung dalam tempoh dua bulan ini ekoran koleksi terbaharunya itu dapat memenuhi permintaan pelanggan yang sedang membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran tidak lama lagi.

Pegawai Pemasarannya, Nur Asyiqah Hussein berkata, ini adalah sebahagian daripada koleksi keluaran syarikat pada tahun ini yang melibatkan sehingga 180 rekaan dan untuk kumpulan awak yang dikenali sebagai Gempak Raya menawarkan sebanyak 20 rekaan baharu.

“Ada 160 baki koleksi baharu yang akan diperkenalkan di pasaran secara berperingkat dan setiap satu koleksi itu kami tidak mencetak semula untuk mengekalkan keasliannya dan mengelak daripada tudung tersebut dipakai oleh ramai orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi tudung bertemakan Gempak Raya di sini baru-baru ini.

Nur Asyiqah menjelaskan, tudung bawal yang memiliki kemasan potongan laser yang berbeza daripada setiap edisi  ditawarkan pada harga hanya RM29 sehelai.

Lebih menarik, setiap rekaan tersebut dikaitkan dengan menu tradisi hari raya seperti nasi impit, pulut kuning, ketupat, bihun sup, lontong, dendeng, laksa, satay dan mi kari. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN