fbpx
Malika (kanan) bersama rakannya, Fawzia Khoda.

Program anak angkat ubat rindu gadis Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Perasaan terharu bercampur gembira dilalui dua gadis dari Kabul, Afghanistan selepas menerima layanan istimewa daripada penduduk setempat ketika menyertai program anak angkat di Perumahan Desa Keda Seberang Paya Kerchut, Kepala Batas di sini baru-baru ini.

Menurut siswa Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) itu, program bakti siswa ber­kenaan sedikit sebanyak telah mengubati kerinduan mereka terhadap ibu bapa dan keluarga di kampung halaman.

Malika Amiri, 21, yang mengambil jurusan Sains Komputer berkata, pengisian program selama dua hari itu sedikit sebanyak mendedahkan mereka kepada budaya masyarakat setempat.

“Ini kali pertama saya me­nyertai program sebegini yang menjadi satu kewajipan bagi setiap mahasiswa AIU untuk terlibat dalam aktiviti komuniti. Ia satu pengalaman baharu kerana kami dijadikan anak angkat oleh keluarga di sini.

“Ibu bapa angkat saya sangat baik dan mengajar saya tentang banyak perkara termasuk memasak makanan tradisional,” katanya ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Wilayah KEDA (Spike) di Desa KEDA Seberang Paya Kercut di Kepala Batas di sini kelmarin.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut disertai lebih 150 mahasiswa AIU dari 50 negara.

Rakan senegara Malika, Fawzia Khoda Rahim, 21, berkata, aktiviti berkenaan memberi pengalaman luar biasa selain meredakan ke­rinduannya kepada anggota keluarga di Kabul.

“Sudah dua tahun saya di Malaysia dan perasaan rindu itu sangat kuat. Paling rindu suasana keluarga berkumpul di rumah dan makan bersama-sama.

“Dengan adanya program sebegini, sekurangnya-kurangnya pe­rasaan rindu itu terubat ke­rana buat masa ini, memang sukar untuk saya kembali ke Kabul ekoran isu yang berlaku di sana.

“Selepas habis pengajian, saya mungkin akan menetap di Malaysia atau negara lain untuk bekerja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN