fbpx

10 pintu masuk negara dipilih projek rintis agensi tunggal kawal sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tiga dari kanan) menyaksikan Mazlan (tiga dari kiri) menyerahkan gambar projek naik taraf Pos Nibong kepada Sheik Azhar (kanan) selepas Majlis Penyerahan Pos Barisan Hadapan Briged Tenggara, PGA Pos Nibong di Pos Nibong, Pengkalan Kubor dekat Tumpat hari ini.

TUMPAT – Sebanyak 10 daripada 141 pintu masuk negara dipilih untuk projek rintis agensi tunggal kawal sempadan (SBA) yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pintu masuk yang dipilih merupakan kawasan yang sibuk dan bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, kawasan SBA akan terpilih antaranya Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, ICQ Rantau Panjang selain Kota Kinabalu, Sabah.

“Kita masih ada dua bulan untuk membuat persiapan untuk projek rintis ini sebelum ia dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

“Pelaksanaan SBA di 10 pintu sempadan negara itu akan memberi gambaran awal operasi projek tersebut sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Pos Barisan Hadapan Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pos Nibong di Pos Nibong, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Saifuddin (kanan) semasa melawat Pos Barisan Hadapan Briged Tenggara, PGA Pos Nibong di Pos Nibong, Pengkalan Kubor dekat Tumpat hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, Pengerusi PBLT Sdn. Bhd.,Tan Sri Dr. Mazlan Lazim dan Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, SBA dijangka akan memulakan operasi secara berfasa di beberapa lokasi pintu sempadan negara bermula tahun depan.

Saifuddin berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan ketika ini termasuk melibatkan struktur organisasi dan juga penjawatan pegawai dan kakitangan.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri dipilih sebagai kementerian peneraju bagi pelaksanaan usaha tersebut selepas ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024, bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, lanjut Saifuddin memberitahu, sebanyak 151 pos kawalan PGA sedang dinaik taraf ketika ini melibat kos RM45 juta.

Tambahnya, kesemua projek naik taraf itu akan siap sepenuhnya menjelang hujung bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI