fbpx
Peniaga menjual minuman ketika cuaca panas di pantai Marina di Chennai, India pada 9 Jun lalu. – AFP

Benua Amerika, Asia diramal terlalu panas untuk didiami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDIANAPOLIS, INDIANA – Sebahagian besar kawasan di Bumi diramal menjadi terlalu panas untuk didiami dengan penduduk di  Benua Amerika, Asia dan Asia Barat terpaksa berhijrah ke rantau lebih sejuk sekiranya suhu terus meningkat disebabkan perubahan iklim, lapor akhbar Daily Star.

Menurut sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat, negara seperti India, Pakistan, timur China dan sub-Sahara Afrika diramal mengalami keadaan haba berpanjangjangan yang sukar ditangani.

“Tekanan haba paling teruk akan berlaku di kawasan miskin yang dijangka mengalami pertumbuhan penduduk pesat dalam dekad akan datang. 

“Ini adalah realiti  walaupun negara-negara terbabit menghasilkan pelepasan gas rumah hijau jauh lebih sedikit berbanding penyumbang utama iaitu negara-negara kaya.

“Akibatnya, berbilion-bilion penduduk dunia akan menderita dan ramai akan mati walaupun negara-negara kaya akan turut terjejas,” kata profesor sains Bumi, atmosfera dan planet di Universiti Purdue, Indiana, Dr. Matthew Huber.

Pakar-pakar mendapati sekiranya suhu meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius di atas paras praindustri, sebahagian besar negara miskin tidak lagi boleh didiami.

Pendedahan itu dikeluarkan selepas September mencatatkan rekod suhu terpanas di seluruh dunia dengan purata suhu udara di permukaan adalah 16.38 darjah Celsius. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN