fbpx
Wan Rosdy (kanan) mengumumkan Amizar (kiri) sebagai calon BN untuk PRK DUN Pelangai kelmarin.

Calon YB DUN Pelangai dikenali penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dijangka berlangsung dengan penuh sengit apabila Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon popular masing-masing dalam kalangan pengundi.

PRK DUN Pelangai bakal menyaksikan persaingan antara Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50 dengan Naib Yang Dipertua Pas Bentong, Kasim Samat, 62, yang kedua-duanya merupakan anak Felda Chemomoi.

Kasim (tengah) menjadi calon PN untuk PRK DUN Pelangai

Pemilihan itu sekali gus melenyapkan sentimen anak tempatan yang dibangkitkan dalam kalangan pihak bertanding dan pengundi.

Bukan itu sahaja, kedua-dua individu itu mempunyai pengalaman luas termasuk pernah menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Ketika itu, Amizar yang bertanding di DUN Ketari tewas tipis 120 undi kepada calon Pakatan Harapan, Su Keong Siong manakala Kasim (DUN Pelangai) kalah kepada Allahyarham Dari Seri Johari Harun yang mendapat majoriti 4,048 undi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemilihan calon dilakukan dengan teliti memandangkan ramai yang berkelayakan dan boleh membawa kemenangan kepada BN.

Katanya, Amizar dipilih selepas mendapat persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya yakin (mempertahankan kerusi DUN Pelangai), namun kita tidak boleh ambil mudah sebaliknya kena bekerja kuat kerana PRK Pelangai penting kerana ia akan diberi tumpuan,” katanya pada majlis pengumuman calon BN di sini kelmarin.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima tiga nama untuk dipilih sebagai calon dan dibawa kepada Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, dari segi syarie, Majlis Syura Ulamak mendapati ketiga-tiga nama itu layak lalu parti mempertimbangkan yang terbaik daripada kalangan mereka.

“Lalu parti bincang semua terbaik, siapa hampir dengan pengundi sebab dia nak jaga rakyat. Jadi kita pilih calon dari Pelangai yang bergelumang dengan tuan-tuan, bukan yang lahir di sini tetapi duduk di Kuala Lumpur atau tempat lain,” katanya.

Kerusi N36 DUN Pelangai diisytiharkan kosong susulan kematian Johari yang terlibat dalam nahas pesawat di bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 7 Oktober depan hari pengundian.

Johari yang merupakan tokoh korporat berjaya dan kali pertama bertanding mewakili BN pada PRU15 lalu menang di kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi.

Allahyarham menewaskan tiga calon lain iaitu Kasim, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (PH) dan Isa Ahmad (Pejuang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN