fbpx
ATIN berasa kecewa dengan suaminya yang sanggup menjalinkan hubungan terlarang dengan amah berusia 55 tahun yang bekerja di rumah mereka. – Gambar hiasan

Suami curangi isteri mandul dengan amah tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KERETAKAN dalam sesebuah perhubungan pasti perit untuk ditelan sesiapa jua.

Hubungan yang berakhir pasti tidak mudah diterima begitu sahaja bagi setiap insan yang bergelar manusia.

Menyorot kembali cerita masa lalu, Atin (bukan nama sebenar) mengakui tidak akan pernah melupakan perkara berat yang menimpanya dulu.

Ujar anak jati Kemaman, Terengganu itu, dia tidak pernah menyangka bahtera perkahwinan yang didirikan bersama bekas suami, Fuad (bukan nama sebenar) akhirnya bernoktah di tengah jalan.

“Saya akui, saya bukanlah seorang isteri yang sempurna bagi suami.

“Saya juga akui ada banyak kekurangan.

“Permintaan dan keinginan suami untuk memiliki zuriat tidak dapat saya tunaikan, walaupun sudah lima tahun berkahwin,” katanya membuka bicara.

Cerita Atin, 35, dia dan suami sama-sama mempunyai karier yang baik serta rezeki melimpah ruah kecuali masih belum dikurniakan anak.

“Saya dan suami tinggal di ibu kota dan kami merupakan penjawat awam yang berpangkat.

“Saya juga ada buat bisnes pakaian online secara kecil-kecilan kerana minat menjahit sejak remaja.

“Jadi, kerja-kerja rumah termasuk memasak, mengemas biasanya dibantu seorang pembantu rumah atau amah dari luar negara yang kami upah,” ujarnya.

Ujar Atin, dia sudah menganggap amah yang mesra digelar Bik Yuli (bukan nama sebenar) itu sama macam ibunya sendiri kerana usianya agak lanjut.

Meskipun usia Bik Yuli sudah mencecah 55 tahun, tetapi tenaganya masih kuat dan badannya juga sihat persis orang muda.

“Jadi, kami upah Bik Yuli bekerja bersama kami. Kalau saya tak sempat memasak untuk suami, dia yang akan ambil alih kerja-kerja di rumah.

“Suami pun selalu memuji Bik Yuli kerana kerjanya yang kemas, masakannya yang enak dan budi bahasanya terjaga,” katanya.

Meneruskan perkongsian, dia dan suami pernah beberapa kali ‘duduk’ bersama dan membincangkan hal berkenaan zuriat.

Katanya, ada kalanya suami seakan-akan berang dan menyalahkan takdir kerana dipertemukan wanita dan isteri yang tidak dapat memberikannya waris.

“Kami ada pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Doktor beritahu benih suami tiada masalah dan subur.

“Cuma saya yang disahkan mandul dan tidak dapat hamil seperti wanita-wanita lain.

“Kalau ada pun mungkin memerlukan rawatan moden yang memerlukan kos agak mahal dan belum tentu berhasil,” katanya.

Bertahun berlalu, dia pernah memberikan suaminya keizinan bernikah lain demi mendapatkan zuriat.

Pun begitu, kebenaran yang diberikan itu seakan-akan dipandang sepi oleh suami.

“Namun dalam diam, suami berselingkuh dan bermain kayu tiga bersama amah yang saya sudah anggap seperti keluarga sendiri.

“Apa yang saya nampak dan lihat waktu itu seakan-akan mimpi dan tidak boleh diterima akal.

“Tergamak suami melakukan perkara terkutuk itu. Saya juga dapat tahu daripada mulut suami sendiri, rupanya bukan sekali, tapi sudah banyak kali mereka ‘bersama’ semasa ketiadaan saya di rumah.

“Betapa jijik dan sukarnya saya menerima kenyataan itu. Suami juga mengakui, rasa cinta dan sayangnya sudah lama pudar selepas kehadiran Bik Yuli,” tuturnya sedih mengenangkan kisah lalu.

Beberapa kali bertengkar dan tiada jalan kesudahan, Atin memberitahu, dia akhirnya diceraikan suami dengan talak satu, sebelum bertindak keluar daripada ‘mahligai’ yang dibina bersama amah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN