fbpx
Seorang suami dituduh menetak isteri dan kekasihnya dengan sebilah kapak di daerah Gwalior baru-baru ini. - NR

Suami tetak isteri, kekasih gelap guna kapak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa menetak isteri dan kekasih gelap wanita itu sehingga mati menggunakan sebilah kapak selepas dia melihat mereka berdua-duaan, lapor laman berita NDTV.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Murai Baghel, didakwa membunuh kedua-dua mangsa di sebuah kampung di daerah Gwalior, dalam negeri Madhya Pradesh.

“Kejadian berlaku di kampung Semri, kira-kira 50 kilometer dari ibu pejabat daerah. Kedua-dua mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah. 

“Suspek membunuh mereka dengan kapak selepas melihat mereka bersama-sama,” kata seorang pegawai polis, Vivek Kumar Sharma kepada agensi berita PTI.

Polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI