PETALING JAYA – Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. (Malik Streams), syarikat yang sebelum terlibat aktif dalam bidang hartanah, import dan eksport serta pengurup wang kini melebarkan portfolio bisnesnya kepada perniagaan emas.
Memulakan langkah awal dalam segmen tersebut, syarikat yang diterajui oleh Datuk Abdul Malik Dasthigeer telah membuka butik emas pertamanya iaitu MS Gold di Jalan Masjid India yang mempamerkan pelbagai koleksi emas yang eksklusif dan elegan.
Rangkaian perhiasan emas seperti rantai, anting-anting, gelang dan cincin dengan reka bentuk unik serta memiliki seni halus pertukangan berkualiti tinggi dapat memenuhi cita rasa pelanggan yang suka kepada konsep kontemporari atau tradisional.
Bersandarkan permintaan yang baik daripada pelanggan, usahawan ini telah membuka rangkaian keduanya di lokasi sama di Jalan Masjid India baru-baru ini.

Bersempena pembukaan rangkaian tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meraikan kejayaan syarikat dalam bidang tersebut selain meraikan pelanggan yang setia bersama syarikat sejak outlet pertama di buka.
“Kami telah menawarkan hadiah istimewa dan tawaran diskaun eksklusif yang datang ke cawangan baharu itu, antaranya adalah setiap pembelian emas yang bernilai RM5,000 ke atas akan diberikan percuma gelang kaki perak manakala bagi setiap pembelian berlian yang bernilai RM5,000 ke atas akan diberikan percuma satu gram syiling emas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pembukaan butik tersebut.
Selain itu, MS Gold juga menawarkan diskaun upah sebanyak 70 peratus bagi setiap pembelian.
Lebih kurang 10,000 tetamu termasuk pelanggan menghadiri majlis pembukaan butik emas kedua MS Gold tersebut. -KOSMO!ONLINE














