fbpx
Gambar hiasan. - FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Mereka datang lagi untuk raih undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ada dua situasi di mana orang-orang politik akan mencari rakyat. Pertamanya, untuk mengajak orang ramai bagi memenuhi majlis anjuran parti mahupun agensi. Tujuannya mudah, biar program nampak meriah.

Keduanya, orang politik akan turun padang untuk meraih undi. Ia bukan hanya dilakukan oleh calon yang bertanding pilihan raya, tetapi turut disertai jentera parti termasuk pemimpin utama.

Tujuannya sangat jelas, untuk meraih sebanyak mungkin undi yang akhirnya membolehkan orang-orang politik ini memegang kuasa untuk tempoh lima tahun.

Bermula hujung bulan ini, kesemua wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri – Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan, Kedah dan Terengganu akan kehilangan kuasa.

Orang-orang politik ini yang diberi amanah selama lima tahun sebagai wakil rakyat, akan kembali menjadi rakyat biasa.

Jika tercalon sebagai wakil parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN), mereka masih ada peluang untuk kembali memegang status Yang Berhormat. Itupun kalau masih diterima oleh rakyat.

Melihat kepada statistik, dianggarkan sekitar 9.6 juta pengundi berdaftar di enam negeri yang terlibat PRN layak untuk membuang undi bagi memilih wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Ia akan melibatkan 245 kerusi DUN dengan pertembungan dua penjuru dijangka berlaku di hampir kebanyakan kerusi melibatkan calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Daripada enam negeri yang terlibat PRN, tumpuan pastinya terarah kepada Selangor yang mempunyai jumlah pengundi terbanyak di Malaysia iaitu 3.6 juta orang.

Dengan 56 kerusi dipertaruhkan, tanggungjawab dan tugasan besar perlu dipikul oleh calon-calon yang bertanding untuk menyakinkan pengundi – sama ada yang berada di atas pagar mahupun pengundi 18 tahun.

Situasinya mudah iaitu Selangor adalah negeri yang mempunyai segala-galanya. Di negeri inilah terletaknya pusat industri dan pembangunan ekonomi, selain dilimpahi infrastruktur serba canggih.

Atas sebab itulah, kempen pilihan raya sama ada di pihak Kerajaan Madani (PH-BN) dan Perikatan Nasional banyak tertumpu di Selangor.

Orang-orang politik ini makin ligat turun padang, berjumpa rakyat dan mencari sebanyak mungkin sokongan. Dalam tempoh ini juga, para pengundi khususnya di Selangor akan didendangkan dengan seribu satu janji politik.

Bukan apa, dalam kalangan orang-orang politik, ramai beranggapan bahawa menguasai Selangor ibarat menguasai ekonomi sebuah negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN