fbpx
Gambar hiasan

40 peratus ibu tunggal berusia 18 hingga 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia (MPITM) merekodkan pendaftaran seramai 40 peratus ibu tunggal muda daripada jumlah lebih sejuta ibu tunggal yang direkodkan di negara ini pada tahun lalu.

Presidennya, Murtini Kasman berkata, bagaimanapun peratusan bagi jumlah ibu tunggal muda akan sentiasa berubah berikutan ada dalam kalangan mereka yang telah berkahwin semula.

Murtini berkata, rata-rata ibu tunggal yang masih tersenarai dalam rekod MPITM terdiri daripada ibu tunggal yang berusia lebih 50 tahun.

“Kebiasaannya ibu tunggal muda yang berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun akan berkahwin semula dalam tempoh setahun hingga dua tahun selepas penceraian berbanding ibu tunggal yang lebih berusia.

“Oleh itu, agak sukar untuk kita mendapatkan peratus sebenar ibu tunggal muda,”ujarnya.

Beliau berkata berdasarkan rekod MPITM punca utama berlaku penceraian di usia muda adalah disebabkan masalah kewangan.

“Faktor kesempitan hidup dan kegagalan menguruskan kewa­ngan menyebabkan kebanyakan suami isteri memilih untuk berpisah dengan pasangan masing-masing,” jelasnya.

Katanya, setelah bercerai, ­kebanyakan golongan ibu tunggal muda masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa kerana masih boleh mencari pekerjaan bagi menyara diri dan anak-anak.

“Tetapi bagi ibu tunggal yang sudah berumur melebihi 50 tahun, ramai mengalamai kesempitan hidup secara ekonomi selain turut mengalami kecelaruan mental,” ujarnya.

Jelasnya, MPITM memainkan peranan untuk memulihkan se­mula semangat golongan ibu tunggal ini dengan cara bantuan dari segi pemulihan emosi, kesihatan dan kehidupan yang lestari sebagai ibu tunggal.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan ramai pasangan muda berusia 17 tahun hingga 35 tahun mudah meminta cerai jika dirasakan tidak serasi dengan perkahwinan yang baharu dibina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN