KUALA LUMPUR – Berbeza ketika prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) 10 April lalu, Syamsul Yusof memilih untuk berdiam ketika hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding lafaz cerai sekitar 9.50 pagi tadi.
Diiringi peguamnya, Azmi Mohd. Rais bersama tiga rakan, pengarah sensasi itu lebih selesa membalas ‘no komen’ terhadap pertanyaan media yang menunggu seawal jam 8.30 pagi.
Anak kepada Datuk Yusof Haslam itu hanya menyebut kedatangannya ke mahkamah bagi melafazkan ikrar tetapi enggan memperincikan perkara berkenaan.
Sebaliknya, Syamsul lebih menunjukkan rasa prihatin terhadap lebih 30 wartawan yang perlu membuat liputan kes perceraiannya menjelang Syawal.
“Kamu semua tak cuti raya ke?” katanya yang lebih banyak tersenyum berbanding menjawab pertanyaan media.
Hari ini, pemilik nama lengkap Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, itu hadir bagi melafazkan talak kepada isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak pada 10 April lalu.
Mengenakan gaya seperti sebelum ini, bersut dan berkaca mata hitam, pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu terus menuju ke dewan bicara.
Syamsul dan Puteri Sarah bersama peguam masing-masing kini sedang menjalani proses sulh dan hadanah, sebelum memasuki dewan mahkamah untuk prosiding lafaz cerai kira-kira sejam lagi. Difahamkan prosiding lafaz cerai hanya akan bermula pada pukul 11.30 pagi.
Terdahulu, pada sesi pertama JKP, usaha damai kedua-dua pihak menemui jalan buntu apabila Puteri Sarah nekad dengan keputusan mahu bercerai manakala Syamsul enggan melafazkan talak.
Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Ibu kepada dua anak itu nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.- KOSMO! ONLINE
Hib Glam Rencam
Hari penentuan, Syamsul Yusof pilih diam, ‘no comment’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di
TERKINI
Tak perlu ikut orang, mereka hormat kita
Dua rakyat Malaysia cedera insiden bom Tak Bai dapat pampasan hampir RM80,000
Piala Dunia 2026: Aksi Sepanyol belum sempurna
PRN Johor: Abdul Razak fokus kemudahan asas, kerja, rumah
Seorang maut, tiga cedera, bot candat sotong karam
Malaysia, Australia kukuh kerjasama industri pertahanan, pembangunan misil
Lelaki diburu kes ‘sentuh’ dua pelajar 15 tahun
Piala Dunia 2026: Mesir cipta sejarah baharu
BERITA BERKAITAN
Tak perlu ikut orang, mereka hormat kita
Dua rakyat Malaysia cedera insiden bom Tak Bai dapat pampasan hampir RM80,000
Piala Dunia 2026: Aksi Sepanyol belum sempurna
Seorang maut, tiga cedera, bot candat sotong karam
Lelaki diburu kes ‘sentuh’ dua pelajar 15 tahun
Giliran anggota SAR dedah kisah kehilangan Jaslinda
Pekerja cedera terjatuh 9 meter ketika baiki silo
Ramai harap Cape Verde lakar kejutan tumbangkan Argentina