fbpx

Tiada taburan hujan di Semenanjung sebelah pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara menjangkakan tiada taburan hujan berlaku sepanjang pagi hari ini di kawasan Semenanjung berdasarkan analisis model cuaca.

Menerusi hantaran yang dimuat naik agensi itu di Facebook sebentar tadi menunjukkan, hanya satu dua tempat kawasan di Sabah (Sandakan, Pedalaman dan Tawau) mengalami hujan lebat pada pagi ini dan dijangka mampu berterusan sehingga ke malam nanti.

Bagaimanapun, pada sebelah petang dan malam pula, agensi itu menjangkakan beberapa negeri di Semenanjung serta Sarawak bakal dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bagi tempoh beberapa jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI