fbpx
Gambar hiasan.

Teliti keperluan tubuh jawatankuasa khas siasat 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil memaklumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak diperlukan memandangkan proses mendapatkan semula dana tersebut sedang dilakukan agensi-agensi terlibat.

Beliau berkata, penubuhan tersebut bagaimanapun boleh diteliti jika ia merupakan satu mekanisme penting untuk mempercepatkan proses mengembalikan dana itu.

“Buat ketika ini, perkara itu (penubuhan) tidak dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri dan proses untuk mendapatkan semula dana sedang berjalan. Ada beberapa perkara dikenal pasti segera dalam usaha mengembalikan wang rakyat.

“Proses itu boleh dilihat apabila kerajaan berjaya mendapat persetujuan pengembalian lebih RM8.1 bilion daripada syarikat Internatio­nal Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar Investments PJS sekali gus merupakan satu kemenangan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, perkara itu belum dibincangkan secara khusus, namun tidak menolak kemungkinan ia akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri.

“Semestinya kita nak lihat di mana lagi pihak-pihak yang terkait dengan isu 1MDB ini sekiranya perlu mereka mengembalikan wang tersebut dan jika mekanismenya untuk mempercepatkan proses itu kita perlu wujudkan satu jawatankuasa khas yang khusus, maka saya percaya akan diteliti,” ujar beliau.

Terdahulu, Ahmad Fahmi sebelum ini dilaporkan mengulas tentang cadangan penubuhan satu jawatankuasa khas berhubung skandal 1MDB membabitkan bank Goldman Sachs akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Ia susulan gesaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani terhadap kerajaan supaya meneliti kembali peranan peguam yang mewakili 1MDB kerana tidak memfailkan saman kepada bank pelaburan Amerika Syarikat, Goldman Sachs.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN