KESUNGGUHAN pelakon Lee Seung-gi mahu menamatkan zaman bujang pada April nanti sudah pun diketahui saat pendedahan umum pada 7 Februari lalu.
Bukan itu sahaja, dia secara terbuka meluahkan isi hati, sanggup berdepan segala risiko untuk hidup bersama tunangnya, Lee Da-in.
“Sudah lama saya ingin memutuskan untuk berkahwin dan selepas memberitahu tentang berita tersebut saya lebih tenang.
“Dia (Da-in) benar-benar mencintai saya, meletakkan banyak usaha dan sentiasa berada di sisi saya,” katanya.
Pelakon Love Forecast dilihat begitu jujur bercerita soal cinta. Katanya, dia tidak akan berundur dan putus dengan perasaannya.














