fbpx
Gambar hiasan

Lapor kalau ada jiran dipukul pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak Maj­lis Agama­ Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam menyampaikan maklumat mengenai individu yang tidak bernasib baik untuk mendapat pembelaan sewajar­nya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, selain kes seorang wanita berusia 34 tahun yang menjadi mangsa keganasan suami, banyak lagi kes keruntuhan rumah tangga di negeri ini berada di luar penge­tahuan MAINJ.

Katanya, masalah keluarga itu menyebabkan ada anak-anak kecil yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.

“Saya percaya masih ada kes seperti ini dan kita buka pintu kepada semua pihak untuk melaporkan. Ini adalah antara kes yang kita dapat kesan, saya yakin ramai lagi dekat luar sana yang mungkin malu nak berkongsi cerita mereka.

“Ini bukan soal membuka aib keluarga, tetapi soal kebajikan diri dan anak-anak yang masih kecil. Mereka yang layak dibantu diminta tampil untuk berjumpa amil baitulmal di setiap daerah.

“Sebagai agensi utama kerajaan negeri, kita akan memastikan nasih penduduk terbela dan kita wajib membantu. Saya percaya kutipan zakat yang kita terima membolehkan kita membantu lebih ramai orang yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat seorang ibu tunggal bersama dua anak perem­puannya yang tinggal di flat terbiar, malah kotor dan dipenuhi sampah-sarap setelah me­reka tidak mampu menyewa bilik untuk dijadikan tempat menginap yang lebih selesa.

Mohd. Fared berkata, MAINJ sentiasa membantu fakir, asnaf dan golongan memerlukan de­ngan memberikan bantuan secara tunai atau membayar sewaan rumah atau bilik mengikut kelayakan masing-masing.

“Bagi kes wanita tersebut, kami akan usahakan penempatan baharu untuk keluarga ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN