fbpx
Asyraf Wajdi

Jayakan Agenda Perdamaian Nasional untuk kesejahteraan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar Agenda Perdamaian Nasional digerakkan bagi memastikan parti-parti politik menangguhkan persengketaan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, senario semasa yang dihadapi ketika ini meresahkan semua pihak ekoran pelbagai peristiwa seperti peningkatan kes Covid-19, penguncupan ekonomi negara serta kadar pengangguran yang semakin naik.

“Ramai yang saya temui menyatakan kebimbangan dengan fenomena unik yang tidak pernah dialami namun begitu mencabar dan mengancam kesejahteraan semua.

“Sudah tiba masanya, ahli-ahli politik tidak kira mewakili parti mana sekalipun melakukan gencatan politik untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, Agenda Perdamaian Nasional bukanlah bermakna mencairkan identiti mahupun ideologi perjuangan parti masing-masing.

Sebaliknya, jelas beliau, Agenda Perdamaian Nasional memberikan keutamaan kepada parti-parti politik untuk menangguhkan seketika persengketaan yang tajam dalam soal perebutan kuasa.

“Segala kudrat, kecerdasan minda dan sumber daya yang ada digemblengkan bersama untuk mendatangkan formula terbaik bagi membantu rakyat yang dihimpit segala keperitan lantaran dampak Covid-19 yang kian mencengkam.

“Agenda Perdamaian Politik juga adalah manifestasi ketulusan kepimpinan setiap parti siasah untuk menzahirkan nilai perjuangan sebenar yang bukan hanya seputar perebutan takhta tetapi benar-benar untuk membantu rakyat,” katanya.

Tegasnya, perlu ada iltizam politik, komitmen politik dan kejujuran politik yang jitu untuk menjayakan agenda itu secara bersama.

“Jangan nanti kita dihukum oleh rakyat yang semakin mual dengan sikap politikus yang berterusan berbalah isu-isu politik kuasa bagaikan tiada penghujung,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI