fbpx

Agong solat Jumaat di Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (tiga dari kiri) berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata hari ini. - FOTO/MUHAMMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

CAMERON HIGHLANDS – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 1.25 tengah hari di masjid itu disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Nor.

Selesai solat Jumaat, Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan jemaah dan mengurniakan sumbangan berbentuk barang makanan kepada 61 orang asnaf di pekarangan masjid berkenaan.

Baginda juga sempat meninjau kawasan banjir dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Baru Kampung Raja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI