fbpx
PENYAKIT OCD jika dibiarkan boleh menjadi lebih teruk dan memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakitnya. – GAMBAR HIASAN

Pesakit OCD boleh sembuh, perlu jalani psikoterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pesakit kecela­ruan obsesif kompulsif (OCD) boleh disembuhkan dengan menjalani rawatan psikoterapi bersama pakar kesihatan mental bertuliah di samping pengambilan ubat-ubatan yang disyorkan doktor.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Hazli Zakaria berkata, selain itu, penting bagi pesakit untuk mendapatkan pengesa­nan awal supaya rawatan boleh dilakukan dengan segera bagi mengelakkan komplikasi lain.

DR. HAZLI

Katanya, pengambilan ubat tidak mencukupi sebaliknya ia perlu digandingkan dengan rawatan psikoterapi.

“OCD boleh dirawat, namun sekiranya dibiarkan ia boleh menjadi lebih teruk dan memberi kesan kepada kehidupan seha­rian selain sukar disembuhkan. Jika ada simptom, segera jumpa pakar untuk membuat penilaian.

“Biasanya pesakit OCD ha­nya datang untuk dapatkan rawatan selepas kondisi mereka tidak mampu lagi ditangani hingga mengganggu pekerjaan dan ­perhubungan selain akan mengalami kemurungan atau serangan panik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Hazli, pesakit pada mulanya akan lega atau tenang melakukan perkara berulang kali, namun lama-kelamaan frekuensi pengulangan itu akan bertambah hingga mengakibatkan penyakit lain seperti kemurungan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN