fbpx

Kerat tangan, cungkil mata remaja angkara dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMMAN – Pasukan polis unit khas Jordan menahan 11 suspek yang dipercayai terlibat dalam kes memotong tangan dan mencungkil keluar bebola mata seorang remaja di sebuah bandar dekat sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Seramai 10 suspek menculik mangsa, Saleh, 16, pada Selasa lalu sebelum membawanya menaiki bas mini ke bandar Zarqa dan mencacatkan mangsa. Individu yang merakam aksi mengerikan itu turut ditangkap.

Raja Jordan, Raja Abdullah II bertitah agar mangsa dipindahkan ke Bandar Perubatan Raja Hussein di sini dan diberi semua rawatan penjagaan yang diperlukan.

Saleh memberitahu media tempatan bahawa dia diculik semasa keluar untuk membeli roti.

“Saya mengenali kumpulan penjenayah itu dan cuba melarikan diri tetapi gagal, ditangkap lalu dibawa ke sebuah rumah di kawasan terbiar. Mereka memotong tangan dan mencungkil keluar mata saya,” ceritanya.

Media tempatan yang memetik testimoni beberapa saksi melaporkan, ia satu serangan balas dendam kerana bapa mangsa disyaki membunuh bapa saudara kepada salah seorang suspek.

Video memotong tangan dan mencungkil mata itu tular di media sosial tetapi pihak berkuasa Jordan segera mengharamkan penyebaran klip rakaman itu.

Menteri Keadilan, Bassam Talhouni memberitahu agensi be­rita Petra bahawa undang-undang akan menentukan hukuman paling berat ke atas pesalah.

Saleh kini berada dalam kea­daan kritikal tetapi stabil di Hospital Kerajaan Zarqa, menurut Gulf News. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI