fbpx

Mahkamah: Lupus saham, ahli perniagaan dijel sehari dan denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dipenjara sehari dan didenda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membenar rakannya melupuskan lebih 14 juta unit saham dalam akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) miliknya 18 tahun lalu.

Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Siow Chung Peng ,52, selepas lelaki itu menukar kepada pengakuan bersalah terhadap pertuduhan alternatif yang disabitkan ke atasnya.

“Saya berterima kasih kepada pihak pendakwaan dan pembelaan kerana dapat menyelesaikan kes dengan memuaskan dan situasi ‘menang-menang’ bagi semua pihak. Saya berharap kes seperti ini tidak berulang,” kata hakim itu

Sekiranya gagal membayar jumlah denda itu, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan alternatif itu, Chung Peng didakwa sebagai pemilik benifisial terhadap akaun CDS di OSK Securities Berhad telah membenarkan rakannya berusia 60 tahun yang bukan nominee (penama) telah menjalankan pelupusan 14,683,200 unit saham sebuah syarikat perabot di dalam akaun CDS tersebut.

Kesalahan dilakukan di Bursa Malaysia Securities, Tingkat 14, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini antara 2 Julai 2004 hingga 2 November 2004 yang didakwa dibawah Seksyen 29A
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Akta 453) dan boleh dihukum di bawah seksyen 51 akta sama.

Hukuman yang memperuntukkan denda RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya jika disabitkan kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI