fbpx
Rosman (kiri) menerima taklimat berhubung mangsa banjir di PPS SK Jembal, Kuala Nerus hari ini.

Banjir: 213 mangsa dipindah ke 5 PPS di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Terengganu mengisytihar gelombang pertama banjir monsun Timur Laut melanda negeri itu bermula hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Rosman Abdullah berkata, setakat ini, lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut.

“Seramai 213 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Kuala Terengganu, Kuala Nerus (dua) dan Besut (satu).

“Setakat ini, seramai 115 mangsa banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal manakala SK Chendering dan SK Atas Tol, Kuala Terengganu pula masing-masing 33 orang,” katanya ketika ditemui di PPS SK Tok Jembal di sini semalam.

Mohd. Rosman memberitahu, PPS SK Bukit Nenas, Setiu pula menempatkan 21 mangsa manakala 11 orang lagi diletakkan di Surau Taman Perumahan Bukit Cina, Besut.

Beliau berkata, pemantauan akan terus dilakukan di setiap daerah memandangkan hujan yang turun sejak lewat malam tadi masih belum berhenti setakat ini.

“Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat berterusan di negeri ini sehingga 11 Disember ini. Sehubungan itu, saya nasihatkan penduduk agar berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa termasuk berpindah ke PPS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI