fbpx
HWANG Hee-chan merupakan junior sekolah Seolhyun.

Sokongan Seolhyun untuk pemain jersi nombor 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PIALA Dunia sememangnya menjadi acara tumpuan rata-rata orang, tidak kira peminat tegar bola sepak atau menonton demi kawan-kawan.

Perasaan sama dilalui pelakon dan penyanyi Korea Selatan, Seolhyun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Korea Selatan melawan Portugal.

Dia bersungguh-sungguh memberikan sokongan buat pemain bola kebangsaan, terutama pemain bernama Hwang Hee-chan yang merupakan junior di sekolah rendahnya dahulu.

“Saya tahu Hee-chan akan buat yang terbaik dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022,” ujarnya mengenakan jersi 11, sama dengan Hee-chan ketika meraikan kemenangan pasukan kebangsaan di hadapan TV di rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI