fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku hampir di seluruh negara menjelang malam nanti.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan bagi negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Malaka dan Johor.

Manakala amaran turut dikeluarkan di Sarawak dan juga Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN