fbpx

Rumah musnah selepas sebulan bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Tun Dr. Ismail berdekatan Sekolah Tinggi Chung Hwa di Seremban semalam.

SEREMBAN – Sepasang suami isteri yang baharu sahaja me­langsungkan perkahwinan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewa yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8.44 pagi itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria Neo milik suami Siti Mariana Nasiri, 22, hangus.

Katanya, mereka baru sahaja bernikah pada 23 Oktober lalu dan menetap di rumah tersebut sejak awal bulan lalu.

“Ketika kejadian, saya baru sahaja tiba di pejabat di Labu dan mendapat panggilan daripada suami memaklumkan rumah terbakar.

“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa di rumah kerana api sedang marak dan kereta kepunyaan suami yang di­letakkan di sebelah rumah turut musnah. Tidak sangka ia terjadi kerana kami baharu sahaja mula menyewa di sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Siti Mariana, tiada sebarang barangan berharga di­tinggalkan di dalam rumah kecuali pakaian dan sedikit wang yang disimpannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, sebanyak lima buah rumah separuh kekal musnah dalam kejadian itu.

Katanya, bomba turut menyelamatkan seorang warga emas berusia 77 tahun daripada rentung.

Dalam pada itu, calon Barisan Nasional Parlimen Seremban, Felicia Wong Yin Ting tiba me­nyantuni mangsa.

“Kebetulan saya hendak berkempen ke Mantin, jadi saya singgah sebentar.

“Setakat ini hanya seorang warga emas yang memerlukan penempatan sementara. ­Mangsa lain akan tinggal di rumah saudara berhampiran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI