PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di tujuh negeri sehingga pukul 3 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca tidak menentu dijangka berlaku negeri Perak, di daerah Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi Terengganu, hujan lebat diramal di seluruh kawasan Kemaman manakala di Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Sementara di Selangor, cuaca tidak menentu berkenaan melibatkan kawasan di Hulu Selangor,” katanya dalam kenyataan.
Menurut MetMalaysia, di Negeri Sembilan melibatkan dua daerah iaitu Jelebu dan Jempol manakala di Johor, dijangka berlaku di sekitar Mersing.
“Di Sarawak, melibatkan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. -KOSMO! ONLINE