fbpx

Penunggang motosikal nyaris dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah motosikal pelajar milik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 1, Gua Musang rosak apabila dihempap pokok jati yang tumbang.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap pokok jati yang tumbang ketika melalui hadapan lot kedai di Jalan Persiaran Raya di sini hari ini.

Pokok jati sebesar pemeluk berusia kira-kira 100 tahun itu secara tiba-tiba tumbang dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Kejadian itu turut memusnahkan sebuah daripada 10 motosikal milik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra 1 yang dipakir di kawasan itu.

Seorang pengguna jalan itu, Mohd. Ramzi Ahmad Rosli, 40, berkata, dia yang turut melalui jalan itu terselamat apabila berjaya melepasi pokok sebelum ia tumbang.

Katanya, dia terkejut selepas terdengar bunyi laungan orang ramai dan melihat pokok besar senget dan tumbang.

“Saya terdengar laungan orang ramai agar segera melarikan diri sebelum pokok itu tumbang atas deretan motosikal yang diletakkan di kawasan itu.

“Saya bersyukur apabila terselamat dan berjaya melepasi kawasan pokok tumbang itu,” katanya.

Keadaan pokok jati yang tumbang melintasi jalan di Jalan Persiaran Raya, Gua Musang hari ini.

Seorang peniaga, Ab. Ghani Yusoff, 52, berkata, pokok jati yang besar itu memang sudah lama berada di kawasan tepi jalan berkenaan.

Katanya, pokok itu dipercayai tumbang disebabkan kerja-kerja menggali tanah berhampiran batang pokok itu untuk tujuan pemasangan paip air.

“Kami bernasib baik apabila pokok itu tidak menghempap bangunan kedai dan meragut nyawa pengguna jalan raya.

“Ketika ini kerja pembersihan pokok tumbang giat dilakukan dan kenderaan orang awam tidak dapat melalui kawasan itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI