JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita terpaksa berlindung di sebalik skuternya apabila diserang sekawan angsa, lapor program berita Liputan6 hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @markonaah07.
Seorang lelaki merakam detik ketika seorang wanita diserang beberapa ekor angsa di sebuah kampung.
Wanita itu dikatakan mahu keluar dengan menaiki skuternya tetapi gagal kerana dihalang oleh kawanan angsa di tengah jalan.
Dia kemudian turun dan berlindung di sebalik skuternya ketika cuba mencari jalan keluar.
Wanita itu kemudian berlari ke arah lelaki tersebut yang sedang ketawa dan meninggalkan skuternya apabila angsa-angsa tersebut semakin menghampirinya.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Sangat kelakar,” kata seorang netizen.
“Hentikan samseng kampung (angsa),” kata netizen lain. -Agensi














