Mirsudiar (kiri) kini bahagia bersama keluarganya di Kampung Gawin, Pos Gob dekat Gua Musang.

Remaja hilang 47 hari kini makin bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Bekas murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Mirsudiar Aluj, 18, yang pernah menggemparkan negara apabila ditemui masih hidup selepas sesat selama 47 hari di hutan Pos Tohoi di sini tujuh tahun lalu kini telah pulih daripada traumanya.

Mirsudiar yang sudah me­ningkat remaja semakin ceria dan bahagia tinggal bersama ke­luarganya di Kampung Gawin, Pos Gob di sini.

Menurutnya, dia masih ingat peristiwa sesat dalam hutan sebelum ini sehingga badannya kurus dan cengkung.

“Saya sudah tidak mahu belajar dan ingin tinggal di kampung ini bersama ahli keluarga lain. Saya gembira tinggal di kampung ini.

“Sebelum ini ramai orang luar datang melawat, namun sejak lebih dua tahun lalu sudah tiada yang datang bertanya khabar keadaan diri saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, datuknya, Along Alej, 62, berkata, Mirsudiar kini dilihat semakin melupakan kejadian hitam yang menimpa­nya.

Katanya, kesihatan cucunya itu juga baik apabila berat badannya semakin bertambah.

“Sebelum ini, Mirsudiar lebih gemar menyendiri dan sering bermimpi tentang kejadian hitam iaitu sesat dalam hutan bersama rakannya yang sudah me­ninggal dunia.

“Selepas beberapa tahun kejadian itu, dia semakin pulih dan mahu bergaul dengan rakan sebayanya di kampung ini,” katanya.

Along berkata, selepas kejadian tersebut, ibu Mirsudiar tidak membenarkan remaja itu untuk kembali semula ke sekolah ke­rana bimbang dengan keselamatannya.

Katanya, meskipun Mirsudiar tercicir dalam pelajaran, namun mereka lega apabila melihat gadis itu sihat dan semakin membesar di depan mata mereka.

Pada kejadian 23 Ogos 2015, tujuh murid Orang Asli yang tinggal di asrama SK Tohoi dilaporkan lari dari asrama dipercayai takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.

Selepas hampir 50 hari hilang, Mirsudiar yang ketika itu berusia 11 tahun dan Norieen Yaakob, 10, ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan di tebing su­ngai di hutan berkenaan.

Lima lagi rakan mereka iaitu Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, ditemui meninggal dunia dalam kejadian itu.

Kesemua kanak-kanak itu terdiri daripada masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Gawin, Pos Gob dan Kampung Penad, Pos Simpor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN