PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hanya di Melaka dan Johor pada pagi ini dan dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti.
MetMalaysia dalam kenyataannya melaporkan, ia melibatkan seluruh negeri Melaka manakala Johor hanya di beberapa kawasan.
“Di Johor ribut petir dijangka melanda Tangkak, Muar, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Bagaimanapun bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak, cuaca diramalkan dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan,” katanya.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














