fbpx
Amirudin (tengah) ketika berada di LRA Semenyih mendakwa melanggar perintah kuarantin disebabkan masalah air di Selangor.

Polis akan siasat ahli politik langgar perintah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis akan meneliti keperluan membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang melanggar perintah kuarantin Covid-19 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih meneliti kes berkenaan sebelum memgambil tindakan susulan.

“Setakat ini, kita belum terima laporan berhubung kes tersebut tetapi kita akan meneliti perkara itu.

“Beliau (Amirudin) sudah memohon maaf menerusi media sosial berkaitan pelanggaran perintah kaurantin itu dan jika ada keperluan, kita akan buka kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Acryl memberitahu tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang tetapkan Kementerian Kesihatan.

“Selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri semalam, tiada sesiapa terkecuali daripada siasatan dan tindakan termasuk ahli politik dan pemimpin kerajaan.

“Polis akan lebih tegas dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN