fbpx
HAZIQ DANIEL (kanan) dan Dami Nur Iman (kiri) mengulang kaji pelajaran di atas puncak bukit di Kampung Mambong, Kuala Krai, semalam.

Daki bukit 5km untuk akses talian internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Lebih 400 penduduk dari tujuh buah kampung di Mukim Mambong di sini masih perlu mendaki bukit sejauh 5 kilometer (km) untuk mendapatkan capaian internet meskipun masalah tersebut pernah diajukan kepada pihak tertentu sebelum ini.

Keperitan tersebut turut dirasai oleh golongan pelajar yang memerlukan kemudahan internet untuk membuat rujukan bagi membantu proses pembelajaran.

Meskipun terpaksa berdepan risiko, difahamkan puncak bukit di kampung tersebut merupakan satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet kuat.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Saadatul Qura, Dami Nur Iman Omar, 17, berkata, dia terpaksa menunggang motosikal untuk ke kawasan itu bagi membuat rujukan dan menyiapkan kerja sekolah hampir setiap hari.

Menurutnya, puncak bukit berkenaan menjadi tumpuan pelajar selain turut dilengkapi bangsal bagi memudahkan pelajar untuk belajar.

“Selepas waktu sekolah antara pukul 3 hingga 5 petang, saya dan rakan-rakan akan naik ke kawasan puncak bukit untuk mendapatkan capaian internet.

“Kami akan ke kawasan itu setiap hari kecuali hari hujan memandangkan jalan untuk puncak bukit berkenaan agak licin dan sangat bahaya untuk dilalui,” katanya.

Haziq Daniel Ramly, 15, pula berkata, capaian internet di puncak bukit itu dapat membantu dia dan rakan-rakan kerana kawasan kampung tidak mempu­nyai liputan telekomunikasi.

Katanya, dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa naik ke puncak bukit untuk mendapatkan capaian internet.

“Tolonglah pihak berwajib selesaikan isu ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN