fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Pantai Timur, 4 negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan berpotensi tinggi melanda kawasan Pantai Timur serta beberapa negeri lain di Semenanjung termasuk Sarawak pada pagi ini.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk itu dijangka di negeri Kelantan (Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), manakala bagi negeri Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).

Selain itu, hujan lebat berserta ribut petir juga diramal melanda sebahagian daerah di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang).

“Keadaan yang sama bakal berlanjutan ke Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson dan Rembau serta keseluruhan negeri Melaka pagi ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Meninjau laporan taburan hujan di Sarawak, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) juga dilihat sedang menerima hujan lebat ketika ini.

Susulan daripada itu, MetMalaysia meramalkan keadaan melibatkan cuaca buruk tersebut akan berlarutan sehingga pukul 9 pagi nanti.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan terlibat sebagai peringatan awal kepada penduduk untuk terus berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan bencana alam yang boleh berlaku sepanjang tempoh diramalkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI