fbpx
Gambar hiasan.

Jangan ambil bunga di Floria Diraja Putrajaya 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Penganjur Floria Diraja Putrajaya 2022 memohon agar pengunjung yang hadir tidak mengambil pokok-pokok bunga yang terdapat di Anjung Floria agar ia dapat dinikmati oleh pengunjung lain.

Royal Floria Putrajaya menerusi perkongsian di laman Facebook berkata, ia adalah supaya pengunjung yang bakal datang sehingga 11 September ini turut berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan bunga-bungaan yang masih dipamerkan di Floria.

Terdahulu, tular di laman media sosial perkongsian yang mendakwa terdapat individu yang bertindak membawa pulang atau memetik bunga dipamerkan selain berlaku kerosakan akibat dipijak.

Floria Diraja Putrajaya 2022 kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung sejak ia dibuka pada 29 Ogos lalu sehingga menyaksikan ia dilanjutkan sehingga 11 September ini.

Memetik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Selasa, pelanjutan penganjuran itu juga dibuat selaras dengan cuti persekolahan bermula 5 hingga 11 September ini.

Ujar beliau, bermula semalam, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2022.

Floria Diraja Putrajaya 2022 telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dengan kemunculan beberapa ikon baharu yang bakal menjadi ciri-ciri bersinonim dengan acara ini seperti Gemerlapan FLORIA, Dinding Mural, Dinding Dekorasi Orkid, Terowong Oncidium, dan Tribute to Frontliners.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN