fbpx

Pelarasan OPR dibuat secara beransur-ansur bila ekonomi pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semakin ramai yang sudah mendapat pekerjaan sehingga mampu menyokong perbelanjaan isi rumah. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelaksanaan dasar yang betul pada masa yang tepat adalah penting untuk mengawal keadaan persekitaran ekonomi dengan baik.

Bank Negara Malaysia dalam soal jawab berkaitan dasar monetari berkata, sekiranya Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR)  terlalu rendah untuk tempoh yang terlalu lama walaupun ekonomi semakin pulih, hal ini boleh menyebabkan perbelanjaan dan pinjaman yang terlalu banyak.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan harga meningkat.

Menurutnya, pada masa ini, ekonomi tidak lagi mengalami krisis. Oleh itu, MPC mula membuat pelarasan pada OPR secara beransur-ansur apabila ekonomi bertambah baik. 

“Tindakan ini sama seperti doktor yang perlu menyesuaikan dos ubat mengikut keadaan pesakit,” ujarnya.

MPC juga mahu mengelakkan daripada keadaan harga terus meningkat secara lebih mendadak untuk banyak barangan. 

Hal ini akan menjadi lebih buruk apabila harga yang semakin meningkat menyebabkan upah lebih tinggi dan seterusnya menyebabkan harga meningkat sekali lagi. 

“Contohnya, jika anda pemilik perniagaan, pekerja anda akan mula meminta kenaikan gaji apabila harga semakin naik di merata-rata tempat dan dijangka terus naik. 

“Anda kemudiannya perlu menaikkan gaji mereka dan memindahkan kos tambahan ini melalui harga jualan yang lebih tinggi. 

“Jika tindakan ini tidak dilakukan seiring dengan produktiviti yang bertambah baik, kenaikan gaji yang dikecapi tidak akan memberi sebarang makna kerana harga barangan dan perkhidmatan juga menjadi lebih tinggi dan menjejaskan kuasa beli. 

“Kitaran ini boleh berlarutan lantas mengakibatkan inflasi yang melampau, yang akan memudaratkan ekonomi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI