fbpx
Polis Kanada kini memburu dua suspek, Damien Sanderson dan Myles Sanderson. - AFP

10 maut, 15 cedera ditikam di komuniti Orang Asli Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OTTAWA – Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 15 yang lain cedera akibat ditikam di sebuah komuniti Orang Asli dan sebuah perkampungan berhampiran di wilayah Saskatchewan, Kanada, semalam, dengan polis kini melancarkan gerakan memburu dua suspek.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, polis menemui 10 mayat di komuniti Orang Asli terpencil, James Smith Cree Nation dan perkampungan berhampiran, Weldon, kata Penolong Komisioner Polis Diraja Kanada, Rhonda Blackmore dalam satu sidang akhbar.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 15 mangsa yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital.

“Polis kini giat memburu dua suspek,” katanya.

Dua penyerang tersebut dilaporkan melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan dan dikenal pasti sebagai Myles dan Damien Sanderson, masing-masing berusia 30 dan 31 tahun. Mereka dikatakan berambut hitam dan memiliki mata berwarna coklat.

Susulan kejadian itu, James Smith Cree Nation, sebuah lokasi terpencil dengan populasi penduduk seramai 2,500 orang mengisytiharkan darurat dan dalam masa sama, penduduk di wilayah Saskatchewan digesa mencari tempat perlindungan.

Menurut Blackmore, pihak berkuasa percaya sebilangan mangsa disasarkan oleh suspek manakala sebilangan yang lain diserang secara rawak.

“Amat sukar untuk menjelaskan mengenai motif serangan buat masa ini,” ujarnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN