fbpx
CHE AZILA menunjukkan seekor kucing yang dipamerkan sempena Program Selamatkan Kucing Jalanan di Pasir Puteh semalam. – TOREK SULONG

Pasir Mas, Bachok jadi lokasi buang kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Daerah Pasir Mas dan Bachok dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan untuk membuang kucing oleh golo­ngan yang tidak bertanggungjawab.

Pemilik Veterinar Centre Kota Bharu (KBVC), Dr. Che Azila Che Omar berkata, dapatan itu diperoleh hasil kajian yang dijalankan oleh pihaknya baru-baru ini.

Menurutnya, hasil tinjauan yang dijalankan, terdapat hampir 100 ekor kucing telah dibuang di Pasar Tasek Raja, Pasir Mas dan Pantai Irama, Bachok.

“Bagaimanapun, di kawasan pasar di daerah-daerah lain di negeri ini pihak kami mendapati terdapat kira-kira 40 ekor kucing jalanan.

“Kebanyakan masyarakat memilih dua lokasi itu untuk membuang kucing di tempat awam kerana beranggapan haiwan tersebut mampu berdikari untuk meneruskan kelangsu­ngan hidup dengan mendapatkan sisa-sisa makanan terbuang,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada Program Selamatkan Kucing Jalanan di Bandar Tok Janggut, di sini semalam.

Menurut Che Azila, kebia­saannya kucing-kucing itu akan mengharapkan ihsan orang ramai yang bermurah hati memberi makanan.

Bagaimanapun katanya, haiwan tersebut terdedah kepada pelbagai penyakit kerana kebanyakannya tidak mempu­nyai suntikan vaksin.

“Oleh itu, pihak kami menjalankan kempen menyelamatkan kucing jalanan dari penya­kit dengan mengalakkan orang ramai yang membawa kucing jalanan untuk suntikan vaksin percuma. Individu yang membawa kucing juga akan mendapat tiga kilogram makanan ku­cing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI