fbpx

Diskoria bakal hangatkan RexKL 20 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUO DJ, Diskoria dari Indonesia menjanjikan persembahan menarik pasda 20 Ogos nanti.

PETALING JAYA –  Duo DJ Indonesia yang terkenal dengan keunikan gabungan disko, funk dan pop retro menjanjikan acara apresiasi muzik luar biasa dalam sebuah persembahan skala-besar yang pertama di Malaysia menjelang 20 Ogos ini.

Terkenal dalam industri lokalnya menerusi penataan unik dalam gabungan penulisan, muzik tari Indonesia dan nostalgia rentak disko, funk dan pop retro, Diskoria asalnya ditubuhkan pada awal 2015 oleh Merdi Simajuntak dan Fadli Aat pada sejak awal tahun 2015,

Dari awal, kelahiran Diskoria membawa misi memperkenalkan semula muzik disko Indonesia kepada para pendengar yang kurang mengenali genre berkenaan akibat kekurangan informasi sedia ada dan kesedaran tentang genre berkenaan.

Selaku pengumpul tegar koleksi piring hitam, Merdi dan Aat berpendapat, muzik disko Indonesia memiliki potensi besar untuk menyumbang ke arah perkembangan muzik tari Jakarta. 

“Menerusi pelbagai jalinan kerjasama, Diskoria berjaya untuk menghimpunkan peminat bukan sahaja di Indonesia malah dari setiap pelusuk Asia. Kami pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebelum ini, namun acara kali ini sememangnya bakal memberikan pengalaman berbza. 

Antaranya, RexKL adalah ruang acara yang lebih besar dan kami mempunyai pelbagai material baharu untuk dimainkan secara langsung buat pertama kalinya”, ujar Merdi.

Ini merupakan konsert Diskoria yang pertama kali dianjurkan secara sedemikian dalam suasana unik di ibu negara Malaysia, memberi ruang kepada para penggemar muzik untuk menikmati pengalaman bersama duo luar biasa ini dengan lebih dekat lagi. “Diskoria bukan sahaja ditubuhkan dengan tujuan untuk bermain dan menulis muzik, ia adalah sebuah gerakan atau ‘movement’. 

Kami sememangnya percaya dengan potensi muzik serantau dan kami bangga untuk mewakili Indonesia memperkenalkan estetika muzik pop dan disko kami kepada seluruh dunia, terutamanya generasi peminat generasi baru muzik Asia yang lebih sofistikated,” jelas Aat. 

Semasa pandemik sedang memuncak pada 2021, Diskoria menerbitkan album C.H.R.I.S.Y.E – sebuah lagu yang menjadi tribut buat legenda muzik Indonesia, Chrisye dengan memuatkan 24 judul lagu beliau dalam lirik lagu tersebut, dan setiap baris korus lagu berkenaan dimulakan dengan huruf yang membentuk nama ‘Chrisye’. Sebelum ini, Diskoria juga pernah bekerjasama dengan pelakon tersohor Indonesia, Dian Sastrowardoyo menerusi lagu Serenata Jiwa Lara.

Dianjurkan oleh Tala Records Asia yang berpengkalan di Kuala Lumpur, persembahan Diskoria di KL ini juga akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh dua duo DJ elektronika terbaik di negara ini, Bad Habits dan Karpet Terbang. 

Tiket boleh dibeli menerusi dalam talian di https://talarecordsasia.com/event/diskoria/ dan tiket pra-jualan bernilai RM105 sedang terjual dengan pantas. Untuk maklumat lanjut mengenai Tala Records Asia, sila layari www.talarecordsasia.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI