fbpx
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat terhadap seorang wanita selepas dia terjatuh dari tingkat 19 di George Town.

Ucap ‘selamat tinggal dunia’ sebelum ditemui terjatuh tingkat 19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang wa­nita yang parah selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah apartmen di Bayan Lepas di sini kelmarin memuat naik hantaran ‘selamat tinggal dunia’ menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Video yang memaparkan wa­nita memakai purdah hitam itu dimuat naik sehari sebelum wa­nita berusia dalam lingku­ngan 30-an itu ditemui penduduk pada pukul 11.45 pagi.

“Alhamdulillah selamat tinggal dunia, selamat tinggal semua, hakikat dunia sementara akhir kekal abadi.

“Minta maaf ampun salah silap terkasar perasaan semua. Assalam sayangku my king Allah nak balik kampung dah,” tulisnya menerusi video di TikTok.

Wanita itu dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini akibat parah di beberapa anggota badannya.

Sementara itu, suami wanita itu yang mahu dikenali sebagai Shah, 33, memberitahu, ketika kejadian dia berada di tempat kerjanya.

“Saya terima panggilan tele­fon daripada tukang cuci yang memaklumkan isteri ditemui terjatuh di tempat letak kereta.

“Saya bergegas pulang dan mendapatkan anak berusia empat tahun yang tinggal bersama isteri di rumah. Dia (anak) mena­ngis dan memeluk saya.

“Ketika ditemui, isteri dalam keadaan sedar dan boleh bercakap,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Menurutnya Shah lagi, isterinya sedang menerima rawatan di HPP akibat patah tulang rusuk kiri, pinggang, tulang belakang dan kaki kiri.

“Keadaan dia (isteri) stabil dan menunggu untuk menjalani pembedahan,” ujarnya.

Berita berkaitan: Wanita terjatuh apartmen sambil dakap al-Quran

Menurut lelaki itu, dia me­nyedari perubahan sikap isteri sebulan sebelum Ramadan lalu.

Dalam kejadian kelmarin, mangsa ditemui sambil mengdakap al-Quran di tingkat empat berdekatan tempat meletak kenderaan di apartmen tersebut.

Mangsa diberikan bantuan awal oleh anggota dan pegawai bomba, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, polis dan pasukan St. John Ambulans di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN