fbpx

Wanita terjatuh apartmen sambil dakap al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA yang terjatuh ditemui dalam keadaan memeluk senaskah Al-Quran di aras empat tempat meletak kenderaan di sebuah apartmen Lilitan Sungai Ara, Bayan Lepas di sini pagi tadi.

GEORGE TOWN – Penduduk di sebuah apartmen di Lilitan Sungai Ara, Bayan Lepas di sini gempar dengan kejadian seorang wanita yang ditemui terjatuh dari tingkat 19 bangunan terbabit dalam keadaan mendakap senaskah al-Quran pagi tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai dalam keadaan mengiring dan sedarkan diri di tempat letak kenderaan di aras empat perumahan berkenaan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Difahamkan, mangsa yang sudah berumah tangga itu dikatakan bertindak terjun dari unit kediamannya.

Mangsa ditemui dalam keadaan separuh sedar oleh orang awam sebelum menghubungi pasukan bomba dan polis untuk tindakan lanjut.

Usaha membantu mengangkat mangsa dilakukan pasukan St. John Ambulans.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapat rawatan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI