fbpx
Wanita yang menghisap vape dikatakan akan kelihatan lebih matang pada pandangan lelaki. –GAMBAR HIASAN

Makin ramai gadis muda ketagih hisap e-rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Peng­guna Pulau Pinang (CAP) mendakwa penggunaan vape meningkat dua kali ganda dalam kalangan wanita muda termasuk pelajar sejak akhir-akhir ini.

Aktivis Anti Tembakau dan Pe­gawai Pendidikan CAP, N.V Sub­barow berkata, tinjauan pi­haknya mengenai peng­gunaan vape da­lam kalangan gadis muda mendapati, semakin ramai yang ketagih dengan peranti tersebut.

“Penggunaan vape dan e-ro­kok dalam kalangan generasi mu­da ini telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Golongan muda tidak sedar ba­haya yang bakal mereka hada­pi, malah lebih teruk lagi, ada yang menggunakan cecair perasa mengandungi nikotin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Subbarow, walaupun banyak risiko tentang penggunaan vape telah didedahkan, namun masih ramai yang belum sedar.

‘’Jika Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membendung masalah ini, lebih ramai generasi muda dijangka terdedah de­ngan risiko menghisap vape pada masa hadapan,’’ ujarnya.

Tambahnya, ketika ini di Pulau Pinang, banyak gerai di tepi jalan menjual vape.

Justeru, CAP menggesa KKM dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak mengeluarkan lesen baharu untuk membuka kedai vape atau e-rokok di negara ini.

“Lebih banyak kempen pendi­dikan kesihatan harus dimulakan di sekolah dan universiti serta ibu bapa harus memainkan peranan penting bagi mendidik anak-anak mereka,” ujarnya.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, Kabinet memutuskan untuk melarang penjualan vape kepada individu yang lahir dari tahun 2005.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN