fbpx

Tiga maut keganasan senjata api di Indiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis berada di lokasi insidem tembakan rambang berhampiran sebuah pusat beli-belah di Greenwood, Indiana kelmarin. - TWITTER@STEVENORRISTV

WASHINGTON – Seramai tiga orang terbunuh dan tiga yang lain cedera di sebuah pusat beli-belah di negeri Indiana dalam keganasan senjata api terbaharu di Amerika Syarikat kelmarin.

“Kami mengalami insiden tembakan petang ini (kelmarin) di pusat beli-belah Greenwood Park Mall.

Kami mempunyai tiga kematian buat masa ini dan tiga yang lain cedera,” kata Datuk Bandar Greenwood, Mark Myers dalam satu kenyataan.

Myers berkata, lelaki bersenjata itu ditembak mati oleh seorang ‘individu bersenjata’.

Polis Greenwood berkongsi hantaran di laman Facebook yang untuk meminta saksi kejadian tembakan itu tampil memberikan maklumat.

Srangan itu adalah gelombang keganasan senjata api terbaharu yang membelenggu AS. Negara kuasa besar itu merekodkan sekitar 40,000 kematian setahun akibat senjata api, demikian menurut Arkib Keganasan Senjata Api.

Insiden di Greenwood itu berlaku beberapa minggu selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di kawasan pinggir Chicago, menyebabkan tujuh orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 36 orang cedera.

Tragedi di Chicago menyusul selepas dua insiden tembakan rambang pada Mei lalu yang menyaksikan 10 penduduk kulit hitam dibunuh di sebuah pasar raya di New York, manakala 19 kanak-kanak dan dua guru mati di sebuah sekolah rendah di Texas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI