fbpx
Anggota bomba mengusung mangsa selepas hampir seminggu berada di dalam sebuah gua di Kangar kelmarin.

Pemuda hilang 6 hari hanya minum air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang pemuda yang hilang selepas keluar me­nebas di dusun yang terletak atas bukit Sungai Batu Pahat di sini hanya meminum air untuk bertahan selama hampir seminggu di dalam gua sebelum diselamatkan kelmarin.

Mangsa, Zulhelmi Abdul Halim, 28, dijumpai penduduk kampung di gua yang terletak sekitar kawasan Wang Leret kira-kra 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Bapa mangsa, Abdul Halim ­Ismail, 71, berkata, anak ­bongsunya memaklumkan dia tergelincir dan terjatuh dari lereng bukit ­ketika melakukan kerja di dusun.

“Selepas terjatuh, dia yang cedera di kaki tidak sedarkan diri. Walaupun sakit, anak saya cuba berjalan untuk berlindung di dalam gua,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bercerita lanjut, Abdul Halim memberitahu, Zulhelmi ­mende­ngar anggota pasukan ­penyelamat dan orang kampung memang­gil namanya sewaktu operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan sebelum ini.

Namun begitu, pemuda itu tidak dapat menyahut kerana keadaan dirinya yang lemah dan suaranya juga tidak dapat dide­ngar jelas oleh pasukan penyelamat.

Menurut warga emas itu, anaknya telah dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 10 malam kelmarin selepas menjalani rawa­tan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Dia hanya mengalami kece­deraan ringan di kaki dan masih dalam proses pemulihan.

“Setakat ini anak saya tidak banyak bercakap kerana dia perlu berehat secukupnya,” katanya.

Kosmo! Online kelmarin me­laporkan seorang pemuda tidak pulang ke rumahnya selepas ­keluar menebas dusun milik ­rakannya di sekitar Sungai Batu Pahat sejak 8 Julai lalu.

Selepas hampir seminggu dilaporkan hilang, mangsa kemudiannya ditemui oleh penduduk kampung di dalam sebuah gua.

Ketika ditemui, Zulhelmi dalam keadaan lemah dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN