fbpx
Gambar hiasan.

Guna kaedah hakam untuk lepaskan diri dari suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dianggarkan le­bih 40 kes penceraian rumah tangga yang difailkan di mahkamah setiap hari di Selangor berpunca daripada tiada persefahaman termasuk berkaitan masalah ekonomi rumah tangga.

Penolong Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PSGM), Mohd. Ridhwan Husin berkata, ia melibatkan kes-kes yang diceraikan menerusi pelbagai prosedur termasuk kaedah hakam yang memudahkan isteri yang digantung tidak bertali memohon untuk dilepaskan secara baik.

Katanya, kaedah hakam itu terpakai bagi kes suami yang tidak pulang ke rumah lebih empat bulan dengan meninggalkan isteri serta anak-anak tanpa sebarang nafkah.

“Penggunaan kaedah ini adalah lebih cepat dengan mengambil masa di antara enam bulan hingga setahun berbanding cara fasakh yang memerlukan perbi­caraan sehingga berlanjutan hampir tiga tahun.

“Isteri boleh menggunakan kaedah hakam bagi membebaskan diri daripada belenggu ikatan perkahwinan yang tergantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kaedah hakam yang digunakan di Selangor sejak 2014 adalah lebih kepada proses perantara iaitu dengan melantik pihak ketiga untuk putuskan perkahwinan itu diteruskan atau dibubarkan.

Hakam juga boleh digunakan untuk kes suami isteri tinggal sebumbung, tetapi tiada sefahaman dan tidak menjalankan tanggungjawab, tetapi suami belum mahu lepaskan isterinya.

Jelas Mohd. Ridhwan, wa­nita seharusnya mengetahui kehendak serta hak mereka dan tidak menganggap pemfailan kes di mahkamah adalah sesuatu melecehkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN