fbpx
Suami isteri meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Pemandu mabuk rempuh suami isteri direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Polis akan menahan reman pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan pasangan suami isteri orang kelainan upaya (OKU) terbunuh dalam kemalangan di Jalan Serkam Pantai, Merlimau di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, penahanan reman pemuda berusia 24 tahun itu akan dilakukan esok bagi membantu siasatan kes.

Katanya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Esok, kita akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Jasin terhadap pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.

“Kita masih menunggu laporan penuh ujian alkohol daripada pihak perubatan hospital,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Serkam Pantai, Merlimau di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, yang menunggang Yamaha Ego Solaris meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika kejadian pasangan itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau sebelum tiba-tiba sebuah Perodua Myvi dari arah Merlimau terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggangi mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN