fbpx
KETUA Pegawai Eksekutif AR Fury Holdings Sdn. Bhd., Mohamad Wafiy Ilhan Johan (tengah), bersama Ketua Pegawai Pemasaran, Mohamad Faizal Ahmad (kiri), berucap pada sidang media FURY Championship Vol. II sambil memperkenalkan barisan petarung yang bakal beraksi pada kejohanan tersebut kepada pihak media.

Sambutan Fury Championship Vol. II luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJOHANAN Fury Championship Vol. II terus mencuri perhatian apabila jualan tiket Fasa 1 macam ‘pisang goreng panas’ sekali gus membuktikan populariti kejohanan sukan tempur itu dalam kalangan peminat tempatan semakin meningkat.

Sambutan luar biasa tersebut memberi gambaran awal bahawa edisi kedua kejohanan berkenaan yang dijadual berlangsung di Karisma Arena pada 25 Julai depan bakal menjadi antara acara sukan tempur terbesar dan paling dinantikan di Malaysia bulan depan.

Lebih menarik, kejohanan itu dijangka menghimpunkan lebih 3,000 penonton dan turut menampilkan gabungan petarung elit tempatan serta antarabangsa yang akan berentap dalam pelbagai kategori Muay Thai dan tinju profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif Fury Championship, Mohamad Wafiy Ilham Johan, berkata kejohanan itu bukan sekadar menawarkan aksi pertarungan berintensiti tinggi, malah membawa misi lebih besar untuk memartabatkan industri sukan tempur tempatan melalui penganjuran bertaraf profesional dan memenuhi piawaian antarabangsa.

“Kejayaan jualan tiket Fasa 1 yang habis dalam masa kurang 10 minit menunjukkan minat yang semakin berkembang terhadap sukan tempur di Malaysia.

“Kami komited untuk terus menyediakan platform terbaik kepada atlet tempatan dan pada masa sama memberi pengalaman bertaraf dunia kepada para penonton,” katanya.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada perebutan gelaran sulung Fury Muay Thai Lightweight Championship yang menyaksikan wakil negara, Izat Zaki bakal berdepan pencabar dari luar negara, Brian Lawitan.

Pertarungan itu dijangka menjadi kemuncak malam kejohanan dan berpotensi mencuri perhatian peminat sukan tempur di rantau ini.

Bagi menambah kehangatan menjelang hari pertandingan, penganjur turut akan mengadakan sesi Ceremonial Weigh-In & Face Off pada 24 Julai di Arena Premier Boutique Hotel yang memberi peluang kepada peminat menyaksikan pertemuan terakhir semua petarung sebelum mereka memasuki gelanggang.

Tiket boleh diperoleh menerusi platform Wowtix, manakala siaran Pay-Per-View (PPV) akan disediakan secara eksklusif menerusi Tonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN