fbpx
CEO Fury Championship, Mohd Wafiy (kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran Fury Championship, Mohamad Faizal Ahmad atau Jaa Suzuran meraikan kejayaan Izat merangkul tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship selepas menewaskan Brian Lawitan di Karisma Arena, Seremban.

Jaguh Muay Thai negara ungguli Fury Championship

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPERTI dijangka, jaguh Muay Thai negara, Izat Zaki merangkul tali pinggang Fury Muay Thai Lightweight Championship kategori 61 kilogram selepas menewaskan pencabar Indonesia, Brian Lawitan, menerusi keputusan sebulat suara dalam pertarungan utama Fury Championship Vol. II di Karisma Arena, semalam.

Izat disahkan sebagai pemenang selepas mengharungi lima pusingan menentang Brian yang terkenal dengan gelaran ‘The Spoiled Boy’ dalam pertembungan Malaysia-Indonesia yang dinantikan sejak tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara selepas lima pusingan. Brian merupakan lawan yang sangat baik dan berpengalaman, malah pertarungan ini telah kami nantikan sejak tahun lalu.

“Walaupun menang, saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki selepas agak lama tidak bertanding. Kemenangan ini menjadi motivasi untuk saya meningkatkan prestasi dan membuat persiapan lebih baik bagi menghadapi kejohanan akan datang,” kata Izat.

Beliau turut menghargai sokongan peminat yang memenuhi Karisma Arena serta mereka yang mengikuti kejohanan menerusi siaran bayar setiap tontonan (PPV).

“Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir di Karisma Arena serta yang menonton menerusi siaran bayar setiap tontonan. Sokongan dan kepercayaan anda amat bermakna kepada saya,” katanya.

Kemenangan itu melengkapkan satu lagi pencapaian hebat buat Izat dalam saingan Fury Championship selepas turut menang pada edisi pertama kejohanan tersebut pada edisi 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN